Gunung Maria

Gunung Maria merupakan sebuah gunung berapi pendam yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Maria mempunyai ketinggian setinggi 1,096 meter. [1] Ia adalah daripada jenis gunung berapi "Pyroclastic Cone" dan berstatus "PreHolecene" iaitu gunung berapi yang berusia lebih daripada 12,000 tahun (keatas). [2]Gunung Maria terkelompok berhampiran dengan Gunung Lucia, dan Gunung Magdalena yang terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau, kira-kira 24 kilometer dari bandar Tawau, Sabah. Selain Gunung Maria, terdapat beberapa lagi gunung di sekelilingnya yang merupakan bekas gunung berapi purba iaitu Gunung Bombalai, Quoin, Andrassy, Wullersdorf, Bukit Table, Bukit Tiger dan Bukit Tinagat.[3]

Gunung Maria

Lokasi Sabah, Malaysia
Ketinggian 1,096 m (3,596 ka)